Tuesday, 11 December 2018

JUALAN CUCI GUDANG TASNEEM NATUREL

Hai semuaa...

Inilah masanya kalu nak cuba BALM TASNEEM NATUREL sebab sekarang HQ buat warehouse sale. 

Beli 1 balm pon dapat diskaun RM10!!.. Jimat sangat tau... Sapa yang nak cuba cepat-cepat whatsapp kakak.. 013-6068606.

Stok sangat2 limited.. siapa cepat dia dapat..

SKEENZ BALM.. 
Harga asal RM55..
Harga Sale RM45

Kebaikan Skeenz Balm
Skeenz --> merawat masalah kulit sensitif seperti eczema,ruam,gatal2, alergik dan lain2




















CALM TIME BALM.. 
Harga asal RM49..
Harga Sale RM39

kebaikan Calm Time
Calm time --> balm ni membantu menenangkan anak jika dlm keadaan meragam atau tantrum.






















SLEEP TIME BALM.
Harga asal RM49..
Harga Sale RM39

Kebaikan Sleep Time
sleep time Balm --> balm ni membantu anak yg susah nak tido. Ia mengandungi essential oil yg dpt seimbangkan hormon tido dan hormon sedar. Malah dpt memberi tido yg nyenyak dan berkualiti.

Thursday, 27 September 2018

Trip 3D2N ke Ho Chi Minh Vietnam 1-3 March 2018

Tips ke Vietnam utk yg baru 1st time nk g sana.. Moga blh dijadikan Rujukan 😉👍

TIPS KE. HO CHI MINH CITY VIETNAM.

1. KURANG SESUAI BAWAK ANAK KECIK
- Ini pendapat peribadi jela, kalau nk kesini dgn tujuan bershopping x yah la bwk anak2 kecik. sbb kt HO CHI MIN sbb cuaca sangat panas. Dalam pasar Ben Thant Market tu memang sgt2  bahang & panas dgn keadaan dlm pasar yg sempit,org ramai lagi ..Kesian sgt kt anak, dgn cuaca panas nak usung anak ke hulu ke hilir . Nnti korang nak bershopping pon x senang, mana nak pilih kain mana nk layan anak meragam lagi.. ( Tapi kalu x kesiankan anak blh je bawak)..😅 #lakikorangbolehtolongjaga😂

2. TAK BANYAK TRAFIT LIGHT
-  Bila dh sampai sini korang jangan pelik kalau banyak dengar bunyi HON motor atau kereta sbb kt sini x byk Trafit light. Kebanyakkan simpang2 ( simpang 3 ke simpang 4 ke) kalu nk lintas jalan main lintas je, jadi masa nk lintas tu “ HATI KENA KERING” skit la.. Jalan  One way tapi kadang2 boleh jadi Two way.. time nak lintas jln tgk kanan tiba2 ada kenderaan dr kiri, hahahha korang bayangkan lah cmne ye..

3. RM atau DONG
– Masa kat sana nanti Dua2 boleh guna.. Nak shopping kt BEN THANT MARKET atau kat PASAR MALAM banyak urusniaga mengunakan RM.. tapi ada juga yg guna DONG. Duit DONG x yah tukar banyak2 pon xpe.. Duit DONG boleh stanby utk( TEXSI, HOTEL, KEDAI MAKAN, AIRPORT, BELI BRG2 KT KEDAI RUNCIT ATAU KT CIRCLE K ( kalu kt Malaysia CIRCLE K ni mcm 7 Elevent lah). NAK BELI BRG atau Air mineral murah skit korng cari kedai runcit SBB kt Circle K harga mahal.

5. TAWAR MENAWAR
 - kalau korang nak Shopping sekitar Ben Thant Market & Pasar malam, Jgn trs byr harga yg diorang bagi tu...Rugi sangat , sbb kalau pandai tawar korang blh dpt harga lg rendah... Tp biasa dlm Ben than market kalu minta kurang diorg x layan sgt, Tapi ada juga yg blh tawar. korang kena pandai cari kedai.
- Tapi sebelom tawar menawar tu, korng kena make sure yg korang betol2 nak beli barang tu.. kalu korang tawar kau2 punye tp last2 x beli mmg kena maki la kan, silap2 korng x leh lari sbb diorg pegang tangan. 😅( TIP - contoh kalu brg tu harga Rm100, korang tawar dlm Rm40- Rm50) tgk cmne reaksi diorg, kalau rasa korang blh pegang harga yg korang nak tu... pndai2 la nego kan).

6. AIRPORT
 - Kat Airport Ho chi Minh x de surau jadi korng kna pandai2 la bajet waktu nak solat tu cmne. Lagi satu,Dalam Toilet Kt Airport sana x de paip air.. jadi korang kena stanby botol  utk ambik air kt singki nnti😂

7. TEKSI ATAU GRAB
- Dari Airport nak ke Hotel blh ambik dua2 perkhidmatan ni. Kalu nak naik Grab korang kena make sure alamat yg korang nk g tu betol. TAPI Lagi senang kalau korng ambik TEKSI je.. Sampai sana cari TEKSI VINASUN .. Jgn cuba2 nk try teksi lain takut nnti kena tipu. TEKSI VINASUN ni pakai meter.. So OK la kan. Bajet Naik teksi smpai Hotel area Ben Thant Market sekitar 120,000 - 160,000 Dong. ( Kalu g ramai blh la tontong)😎

8. SIMCARD
 - kalau nak beli Simcard beli kt area Hotel.. Jgn beli kt AIRPORT sbb harga mahal. Kalu korng x nak beli simcard pon blh sbb kt Hotel & semua Kedai2 makan ada Wifi.. Wifi pon laju je😅 Tapi better beli la kan sbb kita bkn nk melepak kt kedai mkn je..😜. Harga Simcard sekitar 100,000- 200,000 Dong. Blh pilih pakej mana yg korng nak. Jadi apa2 Senang nk Contact Keluarga kan.

9. ATM
- Dekat sekitar Ben Thant market Mmg bersepah mesin ATM. Jadi korng x perlu risau kalu tiba2 duit cash dh habis😂. Stanby duit byk2 dlm Akaun 😆Blh terus Withdraw je atau ada juga kedai2 yg blh guna Debit. ( Hari tu masa withdraw 1,500.000 Dong- Dlm Rm276 kena cas Rm12).. pastu ada juga guna Debit, Masa guna debit dlm Rm120 kena cas Rm5). [ Tapi sebelum g Oversea korang mesti Call dulu Bank untuk aktifkan card Kredit/ Debit utk kegunaan diluar negara]

10. KEDAI MAKAN HALAL
- Sekitar Market byk juga kedai makan halal, cuma harga mahal skit la kalu nk compare dgn harga kt malaysia. ( Cth breakfast Roti canai + Kopi Dlm 120,000 Dong) Duit malaysia Dlm Rm20. Tapi ada juga kedai yg murah skit, tp harga lebih kurang je Kena rajin jalan cari kedai mkn).. #nakjimatbawakmakanandarimalaysia😅

11. PERKHIDMATAN WRAPPING DI AIRPORT.
- Harga Sekitar 80,000 - 100,000 Dong ( Stanby duit Dong). Harga ikut size Beg.

12 .HOTEL
 - Kawasan sekitar Market byk je HOTEL2 Bajet. Antaranya Saigon Pink 2 hotel, Thant Thu Hotel, Ruby Hotel, Ngan Ha Hotel & byk lagi.. x sempat nk hafal semua.😅. Masa kami g sna dok kt NGAN HA Hotel.. Hotel bersih & selesa sgt. Turun Hotel jln 10 langkah dh sampai Ben thant market😁. Kedai makan sebelah hotel je😉.[ Tapi di kebnyakkan HOtel x de IRON Tapi ada servis IRON. ] korng nk Iron apa pon semua blh Tapi bayarlah 🤣hahaaa.. G sana bwk duit byk2 je..😂😂.

13. Sebelom Korng fly , bg la copy detail flight & hotel tempat korng check in nnti kt family. 
( in case kalu jadi apa2) minta dijauhkan 😉.

14. TOUR GUIDE
 - Kalu korng pergi semata2 nak bershopping x yah Tour guide pon x pe.. blh gerak sendiri secara bebas😃. Tapi kalu nk melawat ke SUNGAI MEKONG tau CHU CHI TUNNEL Korng kena ambik Tour guide la sbb nk kesana perjalanan ambil dlm 2 jam dr Ben Thant.. Kalu korang nk booking tour guide, korang boleh contact PATTAH AMIN Vietnam ( dlm gambar)😅..muka hensem cm fattah amin malaysia😂😂 . Insyaallah Trusted travel agen👍. Pattah amin juga ada buat pakej termasuk Hotel,makan, Bwk g shopping & melawat Mekong & Chu chi tunnels.
( Whatsapp pattah amin : +84 974001756).

15. Sampai sana jgn lupa cuba KOPI SUSU VIETNAM & Vietnam beef noodle..  Huhh sampai hari ni dok teringat lagi😆😆😆 #sedapsangat

#like
#sharekalaubermanfaat
#nurulaincheseman

#roadtovietnam2018








Contact No : 013-6068606

Sunday, 17 December 2017

CASH ON DELIVERY (C.O.D) AREA [Tasneem Naturel Balm & Treenea VCO]

AEINIZAM RICH RESOURCES 

Menawarkan perkhidmatan CASH ON DELIVERY ( C.O.D) untuk Produk 
Tasneem Naturel Balm & Treenea Minyak Kelapa Dara.

Kawasan2 COD adalah seperti dibawah :


  • BANDAR PUTERA 2 [ Door to Door - free Cod]
  • ➤ JALAN KEBUN KLANG [ Depan Smk jln Kebun] - Cas COD RM1
  • ➤ KG JOHAN SETIA [ Masjid Johan Setia] - Cas COD RM2      
  •      @ RnR Johan Setia -Cas RM3
  • ➤ BUKIT TINGGI KLNG [Petron Sebelah AEON BKT Tinggi] - Cas COD RM5
  • ➤ BANDAR BOTANIK [ Area GM Klang] - Cas COD RM5
  • ➤ BANDAR PUTERI KLANG [ Mcd Bdr Puteri] - Cas COD RM3
  • ➤ BERJAYA PARK [ Blh Bincang dulu] - Cas COD RM2
  • ➤ BUKIT RIMAU [ Aeon Bukit Rimau ] - Cas COD RM2



Untuk Pesanan PRODUK boleh click Link http://www.wasap.my/60136068606.

Terima Kasih, :)




Thursday, 23 November 2017

Berapa lamakah tidur diperlukan?

Berapa lamakah tidur diperlukan?

Kanak-kanak memerlukan jumlah tidur yang berbeza mengikut umur mereka dan disarankan agar anda mengikut panduan yang diberi di bawah untuk memastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya:

0-1 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 15-16 jam

Bayi baru lahir lazimnya tidur selama 2-4 jam terus menerus bagi jumlah 15-18 jam sehari. Pada peringkat ini anda boleh menjangka corak tidur anda sendiri akan terganggu apabila corak tidur bayi baru lahir anda tidak mengikut kitaran siang/malam seperti biasa.

1-4 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam

Sekitar umur 6 minggu, bayi anda akan mula membentuk corak tidur yang lebih tetap. Dia mungkin tidur di antara 4-6 jam dan lebih lama pada sebelah malam.

4-12 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam

Ketika ini, anda harus cuba membentuk tabiat tidur yang sihat bagi anak anda. Biasanya dia akan tidur sekejap 3 kali pada waktu siang, dan berkurangan menjadi dua kali apabila berumur 6 bulan. Masa tidur siang hendaklah selama satu atau dua jam dan bayi anda boleh tidur pada sebelah pagi (sekitar 9.00 pagi), tengah hari (sekitar 2.00 petang), dan petang (di antara 3-5 petang). Menjelang umur 6 bulan, bayi anda harus tidur terus menerus pada sebelah malam.

1-3 tahun : jumlah masa tidur (setiap hari) = 12-14 jam

Masa tidur tengah hari boleh dikurangkan menjadi 1-3½ jam. Bayi anda hendaklah tidur pada pukul 9 malam dan bangun pagi di antara pukul 6-8 pagi.

3-6 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-12 jam

Bergantung kepada anak anda, tidur siang mungkin tidak diperlukan. Sekiranya dia masih mahu/perlu tidur siang, biarkan dia tidur sekejap sahaja. Kekalkan waktu tidur malam/bangun pagi yang sama.

7-12 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-11 jam

Pada peringkat ini, pastikan anak anda tidur pada 9 malam, agar dia mendapat tidur secukupnya.

12-18 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 8-9 jam

Seperti kanak-kanak kecil, tidur juga adalah penting bagi remaja. Pastikan anak remaja anda tidur sekurangkurangnya 8-9 jam sehari untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraannya tidak terganggu.

Jangan abaikan tidurnya

Sebagai ibu bapa anda perlu sedar bahawa anak anda perlu tidur. Sekiranya anda mempunyai anak kecil, membantunya membentuk tabiat tidur yang baik adalah agak mencabar pada peringkat permulaan. Namun begitu, anda akan berpuas hati kerana meluangkan masa melakukan perkara yang betul memandangkan manfaat tidur akan terus dibawa ke alam dewasa. Kepentingan tidur yang mencukupi tidak harus diambil ringan.

Thursday, 2 November 2017

FAQ Tasneem Naturel

FAQ Tasneem Naturel

1. Balm ada expired date?
🅰: 1 tahun lepas buka, 2 tahun jika belum dibuka

2. Sleep tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki..kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi? 
🅰: Tapak Kaki ada saraf yang direct terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.

3. Coughflu boleh untuk resdung?
🅰:Coughflu mmg resepi sama utk merawat resdung

4. Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
🅰: Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian badan juga

5. Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
🅰: Cara simpan pada suhu bilik biasa.

6. Sejauh mana berapa lama ketahanan calm dan sleep tu berfungsi pada bayi.
🅰: Balm ini bukan ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya.
Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.

7. Kenapa lepas saya guna Coughflu anak jadi kerap muntah? Selesema pun asyik meleleh je
🅰: Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna Coughflu balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut.
Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.

8. Kenapa sleep balm tak boleh sapu banyak?
🅰: Dalam sleep balm, ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Biasa anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis shj untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih 😂

9. Balm ini boleh guna serentak ke?
🅰: Boleh guna serentak. Bagi balm yang tempat sapunya sama, boleh sapu salah satu shj.

10. Berat balm berapa? Tahan brp lama?
🅰: Balm shj 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan dari 3 bulan  atau lebih bergantung pada penggunaan

11. Balm ini panas tak?
🅰: Balm tidak panas.

12. Newborn boleh guna ke?
🅰: Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di dilute dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk newborn. Banyak juga feedback ibu dalam pantang kami terima

13. Anak g6pd boleh guna?
🅰: Boleh puan. Tidak mendatangkan bahaya.

14. Anak ekzema boleh guna?
🅰: Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dgn nya.
Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.

15. Sijil KKM ada tak?
🅰:Keempat-empat balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.
💜Sleep: NOT 170403429 K
💚Calm: NOT 170401988 K
💖Coughflu: NOT 170402785 K
💛Tummy: NOT 170402673 K

16. Ibu mengandung boleh guna?
🅰Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandungkan.

17. Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang? 
🅰Kami tidak menyarankan kpd bayi pramatang. (Kelahiran dibawah 37wks), kerana hati (organ) sikecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.

18. Siapa yang boleh guna balm TN?
🅰: Balm TN boleh sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.

Tuesday, 10 October 2017

Essential oil yg ada dlm Tummy Time TASNEEM NATUREL

Essential oil yg ada dlm Tummy

1) Dalam tummy time, ada minyak pati halia/ginger. Ia membantu masalah kembung perut & ketidakselesaan perut. Juga membantu pembuangan  toksin dari badan. Paling utama, eo ginger ini merangsang pengeluaran jus gastrik & air liur yang boleh membantu dalam penghadaman.

2) Ada minyak pati fennel yg membantu mencegah & melegakan kembung perut. Sbg antispasmodic, bertindak ke atas otot licin dlm perut & usus, sekaligus mengurangkan kesakitan gastrik & ketidakselesaan dgn senak perut, kembung, loya & sendawa.

3) mengandungi minyak pati bunga lawang/anise yg dpt mempercepatkan proses pencernaan & membuatkan kita rasa kurang kembung. Membantu mencairkan kahak. Bersifat antiseptic. Bersifat antispasmodic, mengurangkan kekejangan Otot perut.

4) ada minyak pati lemongrass/serai. Membantu menurunkan suhu badan yg tinggi. Meningkatkan fungsi penghadaman. Mengurangkan masalah usus dan pencernaan. Mencegah pembentukan gas yg berlebihan dlm usus. Meningkatkan pembuangan air kecil & membuang toksin dlm badan.

5) Minyak pati limau tangerine plk dpt mengekalkan keseimbangan asid dlm perut. Menyembuhkan luka dlm perut. Membantu dlm perkumuhan & membuang toksin dlm badan.

6) Eo Juniper ni plk mempunyai ciri2 antibakteria & antikulat. Mencegah jangkitan bakteria pada saluran kencing. Membantu merangsang enzim pencernaan & membuatkan ia mudah memecahkan & mecerap protein, lemak & nutrient dr makanan.

_Sesuai untuk sakit perut, gastrik, kembung perut, cirit- birit dan sembelit_

@Cara sapu tummy@

Sapu kat perut dgn urutan i Love u.
Sapu kat betis & tapak kaki

Thursday, 5 October 2017

Essential oil yg terdapat dlm sleeptime - Tasneem Naturel

Essential oil yg terdapat dlm sleeptime


1) Resepi sleep time pula terkandung minyak pati kayu cedar. Ianya merangsang perembesan hormon melatonin iaitu hormon tidur. Hormon ini yang membolehkan seseorang tidur dengan lebih nyenyak. Ianya juga mampu untuk meningkatkan daya tumpuan.

2) Minyak pati lavendar pula mampu meningkatkan kualiti tidur, mood yang lebih stabil & juga daya tumpuan yang lebih baik.

3) Bergamot eo yang ada juga dapat mengurangkan ketegangan otot. Aromanya yang segar merangsang ketenangan dan rasa rileks dalam diri.

4) Minyak pati ylang ylang.
Membantu mengawal tekanan darah, mengawal corak pernafasan & mengurangkan adrenalin iaitu rasa bimbang, marah dan takut.

5) ada eo menjarom yg dikenali sbg 'wintersweet' atau 'joy of mountains'. Merjarom ni bersifat menenangkan. Menyokong sistem imun. Bertindak terhadap sistem saraf, seterusnya memberi kesan positif terhadap sistem kardiovaskular dgn meningkatkan aliran darah & menurunkan tekanan darah. Eo ni byk di Gunakan dlm merawat masalah kemurungan. Boleh bertindak merawat batuk, hidung berair, isu2 pundo hempedu, masalah penghadaman, pening, migrain, skit kepala, skit saraf & lumpuh.

6) minyak pati orange blh mengangkat mood kita, membuatkan kita mudah keluar dr tekanan & kemurungan punca keletihan. Membantu kita lebih fokus & produktif. Membantu menghapuskan toksin dlm badan. Kaya dgn antioksidan D-limonene.

7) Roman chamomile plk dpt membantu menyokong sistem imunisasi, mempunyai antioksidan yg tinggi & mempunyai aroma yg menenangkan.

8) Minyak pati ventiver membantu menenangkan kanak2 yg ada gejala ADHD. Biasanya kanak2 ADHD ni kurang fokus, mudah terganggu, hyperaktif, impultif ketidaksabaran, dan perilaku gelisah.

Sesuai untuk memudahkan tidur, mendapatkan tidur yang nyenyak dan juga untuk kanak² ADHD & juga penderita insomnia.

BEZA ANTARA #CALMTIME DAN #SLEEPTIME - TASNEEM NATUREL

BEZA ANTARA  #CALMTIME DAN #SLEEPTIME?

Tau tak calmtime balm juga boleh bantu anak tidur. Ramai juga yang tanya apa beza dengan sleeptime balm. Sbb 2-2 pun boleh buat anak tidur.

Ok, beza yang pertama mestilah dari segi kandungannya. Jadi fungsinya pun berbeza.


  • #Calmtime balm ni adalah untuk rangsang penghasilan hormon tenang. 

Jadi kalau anak tu memang dah mengantuk, tapi masih aktif nak main kita boleh sapu calmtime. Ini Antara punca dia meragam sebenarnya. Dah penat tapi masih nak main lagi.

Bila hormon tenang dah menyerang kejap je blh lentok. Tapi kalau dia dah cukup tidur, dah tak mengantuk dia tak akan tidur. Dia jadi cool je.

Dan calmtime juga boleh digunakan untuk tenangkan anak bila dia meragam, rasa tak selesa dan sebagainya.


  • #Sleeptime balm pula untuk rangsang penghasilan hormon tidur & sedar. Anak yang memang susah nak tidur sebab tak mengantuk, atau kerap terjaga mungkin kerana kurang hormon tidur.


Jadi bila dah sapu je balm ni, hormon tidur dah menjajah, terus la di buai mimpi.

Gitulah bezanya.
Dan ramai jugalah ibubapa yang gabungkan penggunaan kedua-dua jenis balm ni. Maklumlah twin set ni lagi la jimat . 😍

Adakah penerangan ini dpt membantu ibu

2 membezakan 2 jenis balm ini? 😊

Wednesday, 4 October 2017

Essential oil dlm calmtime Tasneem Naturel

Essential oil dlm calmtime

1) Dlm calm ada minyak pati geranium.
Diekstrak dari batang dan daun, ianya mampu melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan, mengimbangi hormon dan melancarkan peredaran darah.

2) Minyak pati lavendar juga ada dengan memberikan rasa rileks saraf, menstabilkan mood & daya tumpuan yang lebih baik.

3) Frankinsense eo pula berperanan melegakan rasa bimbang & tekanan seseorang. Juga membantu merehatkan saraf dan meredakan kemarahan.

4) minyak pati bergamot dpt mengurangkan ketegangan otot. Aroma yg segar dpt merangsang ketenangan & rasa rilex dlm diri. (Byk digunakan dlm pembuatan minyak wangi). Bertindak sbg antiseptik, membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Membantu merawat pelbagai masalah kulit-dermatitis, melecet, ekzema.

5) Roman chamomile plk dpt membantu menyokong sistem imunisasi, mempunyai antioksidan yg tinggi & mempunyai aroma yg menenangkan.

6) minyak pati orange blh mengangkat mood kita, membuatkan kita mudah keluar dr tekanan & kemurungan punca keletihan. Membantu kita lebih fokus & produktif. Membantu menghapuskan toksin dlm badan. Kaya dgn antioksidan D-limonene.

7) Ada minyak pati limau mendarin yg di ambil dr bunga & buahnya. Dapat menyurangkan rasa loya & membantu merawat imsonia.

8) ada eo menjarom yg dikenali sbg 'wintersweet' atau 'joy of mountains'. Merjarom ni bersifat menenangkan. Menyokong sistem imun. Bertindak terhadap sistem saraf, seterusnya memberi kesan positif terhadap sistem kardiovaskular dgn meningkatkan aliran darah & menurunkan tekanan darah. Eo ni byk di Gunakan dlm merawat masalah kemurungan. Boleh bertindak merawat batuk, hidung berair, isu2 pundo hempedu, masalah penghadaman, pening, migrain, skit kepala, skit saraf & lumpuh.

Sesuai untuk menenangkan dan merilekskan anak. Juga untuk mendapatkan daya tumpuan dan fokus yang lebih tinggi.

Essential oil dlm Coughflu Time - Tasneem Naturel


Essential oil dlm coughflu

1) Dalam coughflu time, ada orange eo.
Orange ni bagus sebab kaya dengan antioksida d-limonene. Membantu menghapuskan toksin dalam badan.

2) Eycalytus eo iaitu minyak pati kayu putih.
Berkesan merawat alahan dan resdung. Sangat membantu mencairkan kahak.
Dan ianya juga membantu merawat asthma dengan bertindakbalas terhadap membran mukus yang mana mengurangkan perembesan lendir.

3) Tea trea eo pula merupakan antibiotik yg terbaik. Ia membantu masalah pernafasan melegakan asthma,selesema dan batuk.

4) Ada juga eo cypress yang dapat menghapuskan kahak yang terkumpul dalam saluran pernafasan dan paru². Merupakan agen anti-bakteria, memberi keupayaan utk merawat jangkitan pernafasan yg di sebabkan oleh penumbuhan bakteria yg terlalu cepat.

5) Frankinsence ni plk membantu memecahkan kahak dlm saluran pernafasan & paru2.

6)Minyak pati lavendar dlm cf ni dpt merangsang mencairkan kahak dan melegakan kesesakan yang berkaitan dengan keadaan pernafasan, mempercepatkan proses pemulihan dan membantu badan secara semulajadi menghapuskan kahak dan bahan lain yang tidak diingini.

7)khasiat menyembuhkan lemon bekerja dari dalam dan luar. Dari dalam, kandungan vitamin C-nya mampu meningkatkan daya tahan tubuh; dari luar, kandungan antivirusnya yang mencegah virus berkembang biak.
Sesuai untuk mengurangkan batuk berkahak, selsema, asthma dan suhu ketika demam.

TESTIMONI TASNEEM NATUREL CALM TIME -PART 1

FB: Nurul ain che seman
IG : AEINIZAM
Contact  NO : 013608606








JUALAN CUCI GUDANG TASNEEM NATUREL

Hai semuaa... Inilah masanya kalu nak cuba BALM TASNEEM NATUREL sebab sekarang HQ buat warehouse sale.  Beli 1 balm pon dapat diskaun...